Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mazlan Aliman Wajib Bertanggungjawab Atas Penipuan Dan Penginayaan Kepada Warga Felda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mazlan Aliman Wajib Bertanggungjawab Atas Penipuan Dan Penginayaan Kepada Warga Felda



Siapa yang masih ingat akan kata-kata, "sebaik Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke 14 ini, semua hutang para peneroka akan dihapuskan sama sekali. Malah, elaun sara hidup tuan-tuan dan puan-puan akan dinaikkan"? Bukankah ini ayat Mazlan Aliman, bekas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Walaupun tidak keseleruhan warga peneroka Felda mempercayai kata-katanya, sebahagian yang memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk memeritah penggal inilah yang menyebabkan pelbagai kesengsaraan warga Felda yang selama 9 tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Datuk Seri Haji Mohd Najib, kehidupan mereka amat tenang dan mewah.

Jika dahulu harga sawit boleh mencecah hingga RM 380 se tan metrik, hari ini untuk cecah angka RM 270 se tan matrik begitu susah. Di tambah bebanan hutang yang meningkat serta kos sara hidup yang semakin tinggi, apalah daya warga Felda meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dengan hanya gaji tidak sampai RM 500?

Perkara ini seolah-olah langsung tidak diendahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Apa yang mereka tahu hanyalah menuduh Datuk Seri Mohd Najib menggunakan wang Felda untuk kelangsungan politik. Malah, Datuk Seri Azmin Ali sendiri seolah-olah lepas tangan apabila mendakwa, nasib peneroka hari ini disebabkan keborosan kerajaan BN sebelum ini.

Andai betullah kerajaan BN ini boros, ingin ditanyakan kepada Azmin dan semua menteri terlibat terutama Mazlan Aliman, bagaimana sejak 2009 hingga 2017, Datuk Seri Haji Mohd Najib dan kerajaan BN mampu membayar bonus tahunan serta menaikkan elaun sara hidup para peneroka Felda?

Bagaimana saban tahun sejak 2009 hingga 2017, kerajaan BN tidak pernah walau sekalipun tidak memasukkan insentif khas buat warga Felda dalam setiap pembentangan bajet tahunan? Paling utama, bagaimana kerajaan BN mampu lebih terbuka dalam menguruskan hutang warga Felda tanpa perlu menekan mereka membayar setiap bulan tanpa gagal?

Hari ini, hanya tinggal kira-kira 8 hari sahaja lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. Langsung tiada sebarang usaha mahupun inisiatif dari kerajaan memberikan sedikit saguhati buat para peneroka Felda. Malah, dalam satu sidang media hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan tidak tahu menahu mengenai bonus atau insentif Hari Raya buat warga Felda.

Apakah, para peneroka ini bukan warga negara Malaysia sehingga mereka dilayan seperti ini? Mana perginya Mazlan Aliman, hero yang kononnya memperjuangkan nasib warga Felda sejak sekian lama? Kenapa hari ini menikus tidak mengaum seperti sebelum PRU 14?

Jika dahulu, kerajaan BN tidak perlu mendengar sebarang rayuan dari para peneroka Felda untuk membayar bonus dan insentif, hari ini, Mazlan Aliman, ANAK dan warga Felda sendiri terpaksa menjadi pengemis merayu untuk diberikan bonus tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri. Jelas sekali, mereka sudah merempat dan mengemis di atas tanah sendiri.

Untuk kesemua ini, hanya seorang manusia yang sepatutnya tampil bersekemuka dengan semua Warga Felda dan memohon maaf atas penipuannya selama ini. Orang berkenaan adalah Mazlan Aliman. blusamurai.blogspot


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HGuEeU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.