DXOMark – Asus Zenfone 6 Menerima Skor Tertinggi Untuk Kamera Swafoto
DXOMark memperkenalkan segmen khusus untuk kemampuan kamera swafoto peranti sejak Januari tahun ini. Takhta peranti dengan kamera hadapan terbaik kini telah berpindah ke Asus Zenfone 6 yang menerima 98 markah. Ini adalah satu markah lebih tinggi berbanding yang dicatatkan oleh Samsung Galaxy S10 5G sebelum ini.
Menurut DXOMark, 101 markah diberikan kepada kemampuan menangkap gambar dan 93 markah diberikan kepada kemampuan merakam video. Pujian diberikan pada gambar yang tajam, sistem memfokus yang baik, penghasilan tona kulit dan kesan bokeh yang tepat. Kekurangan terdapat pada kesan mata merah apabila flash digunakan dan kesukaran memfokus bokeh dalam situasi pencahayaan yang rendah.
Asus Zenfone 6 ialah peranti dengan sistem kamera belakang yang berputar ke hadapan untuk mod swafoto. Peranti lain yang menggunakan sistem ini ialah Samsung Galaxy A80 yang masih belum diuji oleh DXOMark.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WnfzqV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment