Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI GT76 Titan Kini Rasmi – Komputer Riba Gaming Gergasi Dengan Spesifikasi Desktop Berkuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI GT76 Titan Kini Rasmi – Komputer Riba Gaming Gergasi Dengan Spesifikasi Desktop Berkuasa

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa MSI akan tiba dengan laptop siri MSI GT Titan terbaru mereka, yang akan dinamakan MSI GT76 Titan.

Di acara Computex Taipei yang kini sedang berlangsung, MSI telah menunjukkan komputer riba gaming gergasi tersebut di reruai mereka, dan semua butiran spesifikasi mengenainya sudahpun disahkan.

MSI GT76 Titan ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-9900K, mampu menyokong memori DDR4 sehingga 128GB dan boleh menampung tiga SSD PCIe M.2 dan sebuah cakera keras didalamnya.

Dalam pada itu, ia juga dilengkapi dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 bersaiz penuh, dan ia digunakan untuk menggerakkan paparan bersaiz 17.3 inci yang beresolusi 4K (3820×1280) dengan kadar segar semula 144Hz.

Ia juga hadir dengan sejumlah besar palam I/O yang banyak, termasuklah palam USB 3.1 Type-A, USB 3.1 Type-C, palam HDMI, DisplayPort dan sebagainya.

MSI turut menambahbaik sistem penyejukan CoolerBoost Titan mereka khusus untuk komputer riba ini, dan ia kini hadir dengan 11 paip pengaliran haba dan empat kipas penyejuk untuk mengalirkan udara panas keluar daripada komputer riba tersebut.

Seorang eksekutif pemasaran MSI Malaysia telah memberitahu kami bahawa MSI Malaysia akan membawa masuk komputer riba MSI GT76 Titan ini tidak lama lagi, tetapi mereka masih belum mengenalpasti model dan spesifikasi yang akan dijual untuk pasaran tempatan buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2W9trWu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.