Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Viral Macam Di Kedai Dengan Sambal Belacan "Ketagih" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Viral Macam Di Kedai Dengan Sambal Belacan "Ketagih"


“Teringin ayam goreng kunyit, tapi bila masak mesti tak jadi macam dekat kedai yang orang jual tu…”

Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan. Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja, sajian ini mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia malah sudah menjadi viral di setiap pelusuk. Pergi kedai makan mana pun, menu ini sudah mudah untuk dijumpai.

Tetapi, bagi anda yang ingin memasak juadah ini dengan sendiri supaya lebih puas dimakan kerana kuantiti lebih banyak, anda boleh guna teknik dan resipi ayam goreng kunyit viral ini. Mesti dapat hasil macam apa yang anda pesan di kedai!

AYAM GORENG KUNYIT MUDAH DAN SEDAP



BAHAN BAHAN UNTUK AYAM



600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam ,rasa dulu . Take cukup tambah. (sebab dah ada kiub ayam tu )


Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)

CARA CARANYA



1. Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang n kacang panjang. Angkat dan toskan.


BAHAN UNTUK SAMBAL



5 biji cili merah

6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)


Sedikit belacan

Sedikit gula

Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.


Dah agak halus bahan-bahan kat atas boleh masak sekejap atas API. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit.

Siap!


Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walah sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas berapi! Selamat mencuba resipi sedap mudah ini.


Sumber : Haja Saleh

✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Xd0xRM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.