Hi! Welcome Back and Stay Tune! Platform NVIDIA Studio Diumumkan Bagi Mengoptimasikan PC Bagi Kegunaan Profesional - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Platform NVIDIA Studio Diumumkan Bagi Mengoptimasikan PC Bagi Kegunaan Profesional

Majoriti golongan profesional yang menyunting video dan menghasilkan karya seni memilih untuk menggunakan platform Mac. Kelebihan yang diberikan ialah sistem operasi yang lebih stabil dan kurang memberikan masalah berbanding PC. Kepantasan yang ditawarkan oleh Mac juga antara faktor utama mengapa ini berlaku.

Untuk menarik minat pengguna profesional ke platform PC, platform NVIDIA Studio telah diumumkan semalam. Menerusi platform ini kad grafik keluarga NVIDIA RTX dipadankan dengan pelbagai perisian yang telah dioptimasikan lengkap dengan pemandu yang terkini.

Kad grafik yang disokong adalah dari keluarga Quadro RTX (5000, 4000, 3000) dan GeForce RTX (2080, 2070, 2060). Menerusi pengoptimasian NVIDIA Studio, kemampuan melakukan suntingan video dan menghasilkan animasi 3D misalnya boleh meningkat ke 7X lebih baik berbanding MacBook menurut NVIDIA.

PC yang memenuhi piawaian yang ditetapkan akan hadir dengan lencana RTX Studio apabila dijual. Sebanyak 17 komputer riba dengan RTX Studio telah diumumkan di Computex semalam antaranya ialah Razer Blade Studio Edition.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2wmCCU9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.