Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redmi K20 Turut Dilancarkan – Hampir Sama Seperti Pro, Tetapi Snapdragon 730 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redmi K20 Turut Dilancarkan – Hampir Sama Seperti Pro, Tetapi Snapdragon 730

Hari ini, Redmi telah melancarkan siri Redmi K20 secara rasmi dan yang paling menarik dalam siri ini adalah Redmi K20 Pro. Bersama-sama dengan Redmi K20 Pro, Redmi turut melancarkan Redmi K20 – iaitu versi murah dan sedikit kurang berkuasa. Apa yang menarik pada Redmi K20 biasa adalah, segalanya hampir sama dengan versi Pro – tetapi hanya berbeza pada cip pemprosesan dan sistem pengecasan pantas.

Redmi K20 hadir dengan skrin 6.39″ AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 730 dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan pilihan storan dalaman sehingga 128GB. Untuk kamera pula, adalah gabungan 48+8+13 Megapixel yang mana sensor 48MP adalah dari lensa IMX582. Kamera swafoto pula adalah kamera sistem pop-naik sebesar 20-Megapixel dan bagi mereka yang skeptikal dengan ketahanan sistem kamera seperti ini, usah risau – ia telah diuji untuk 30,000 kali naik turun iaitu sekitar 10 tahun penggunaan.

Peranti ini turut mempunyai NFC, tetapi sistem pengecasan pantasnya bukan 27W – ia menggunakan kuasa hanya 18W. Akhir sekali, peranti ini turut mempunyai port bicu audio 3.5mm dengan sistem audio yang diiktiraf Hi-Res. Harga Redmi K20 juga kompetitif jika dibandingkan dengan peranti lain dalam kelas yang sama. Redmi K20 hanya terdapat dua variasi iaitu 6/64 GB yang dijual pada harga RMB1999 (~RM1214) dan 6/128 GB dijual pada harga RMB2099 (~RM1274).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WcBvWr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.