Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Melaporkan Masalah Bunyi Bising Ketika Membuat Panggilan Telefon Pada OnePlus 7 Pro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Melaporkan Masalah Bunyi Bising Ketika Membuat Panggilan Telefon Pada OnePlus 7 Pro

OnePlus 7 Pro sejak kebelakangan ini mempunyai banyak masalah. Namun kebanyakan masalah itu sudah pun dibaiki melalui kemaskini yang mula diedarkan semalam. Hari ini, terdapat satu lagi masalah tiba – iaitu pada bahagian earpiece. OnePlus 7 Pro adalah peranti OnePlus pertama dengan pembesar suara stereo, jadi masalah ini mungkin disebabkan gabungan penggunaan earpiece dan pembesar suara dalam satu bahagian.

Masalah yang dilaporakan oleh segelintir pengguna di forum rasmi OnePlus adalah, kehadiran bunyi bising ketika melakukan panggilan suara. Ramai pengguna yang melaporkan isu ini hanya berlaku selepas kemaskini semalam Oxygen OS 9.5.4, namun ada juga pengguna yang masih menjalankan Oxygen OS 9.5.3 turut menghadapi masalah yang sama. Masih tidak pasti jika masalah yang tiba ini adalah disebabkan earpiece itu sendiri atau pun hanya sekadar perisian. Pihak OnePlus masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Seorang pengguna mengatakan jalan penyelesaiannya adalah untuk mematikan WiFi ketika membuat panggilan telefon. Kerana selepas beliau lakukannya, bunyi bising itu hilang. Mungkin ini adalah solusi sementara, sementara kita tunggu pihak OnePlus berikan maklum balas rasmi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Wr0GDH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.