Qualcomm Memperlihatkan Kelajuan Snapdragon 8cx – Pembukaan Perisian Lebih Pantas Berbanding Cip Intel
Pada acara Snapdragon Technology Summit tahun lalu, Qualcomm telah memperkenalkan Snapdragon 8cx iaitu cip pemprosesan ARM yang dikhaskan untuk kegunaan komputer riba. Kini dengan pengumuman sejumlah produk komputer baru di Computex 2019, Qualcomm telah hadir dengan sejumlah video yang memperlihatkan kelajuan cip ini.
Video yang diperlihatkan ini menyaksikan ia dibandingkan dengan komputer yang dikuasakan dengan cip Intel Core i5 siri U. Bagi komputer yang dijana dengan Snapdragon 8cx ini, ia menyertakan CPU lapan-teras Kryo 495 yang berkuasa bersama penyertaan GPU Adreno 680.
Qualcomm telah memperlihatkan sejumlah ujian melalui siri video ini, termasuk kelajuan ketika pertukaran aplikasi dan melayari laman web. Mereka juga turut menguji kelajuan ketika mengarkibkan sesuatu fail ke dalam .zip, selain menunjukkan kelajuan ketika membuka fail Photoshop.
Dengan kelajuan yang dipersembahkan, pengguna masih dapat menikmati pengkomputeran yang pantas melalui cip Snapdragon 8cx – seumpama komputer yang dijana dengan cip Intel. Perkara ini pastinya akan menggalakkan pertumbuhan komputer Snapdragon, kerana cip keluaran Qualcomm ini dapat memberi jangka hayat bateri yang jauh lebih lama.
Bagi pengguna yang menantikan komputer dengan cip pemprosesan Snapdragon 8cx ini, ia dijangka akan hadir untuk pasaran pengguna menjelang akhir tahun ini. Pada sebelum ini juga, Lenovo telah memperlihatkan komputer 5G pertama mereka yang turut dikuasakan dengan cip ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2wo4Lu3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment