Rancang Perjalanan Raya Anda Dengan Fungsi-Fungsi Menarik Daripada Google Ini
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba, pastinya anda sedang sibuk membuat persiapan untuk beraya seperti membeli belah dan merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing masing bagi menyambut kemeriahan berhari raya.
Namun dengan kesibukan tugasan harian, pastinya ada antara kita yang sering menjadi antara yang terakhir membuat persiapan raya. Untuk itu, Google melihat perkara ini sebagai satu kelebihan kepada mereka kerana mempunyai beberapa fungsi menarik yang sesuai digunakan untuk persiapan semasa Hari Raya kelak. Antaranya adalah Google Shopping, Google Travel, Google Maps dan Google Duo.
1. Google Shopping Membolehkan Anda Untuk Membeli Barang Di Kedai Atas Talian
Fungsi Google Shopping ini sangat berguna kepada anda yang sangat sibuk dengan tugasan harian dan tidak sempat untuk membuat persiapan membeli belah untuk perayaan. Melalui fungsi ini, pengguna boleh membuat pembelian barangan raya di atas talian dengan mudah. Hal ini sekaligus tidak memerlukan pengguna untuk bersesak-sesak di pasaraya untuk membeli belah.
Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat carian untuk barang yang anda inginkan menggunakan peranti pintar anda, tidak kira sama-ada ia adalah desktop, tablet atau telefon pintar. Sekiranya anda berminat, anda boleh klik pada barang tersebut untuk melihat maklumat lanjut seperti harga jualan, harga promosi dan nama kedai atas talian yang menjualnya.
Selepas pemilihan barang dibuat, Google akan membawa anda ke halaman kedai atas talian untuk menyelesaikan proses pembelian secara atas talian dengan mudah dan pantas.
2. Google Travel Memudahkan Anda Membuat Tempahan Tempat Penginapan Dan Tiket Penerbangan
Perancangan pulang ke kampung yang lancar adalah antara perkara paling susah untuk semua pada musim perayaan. Hal ini kerana, pada musim perayaan semua orang akan berpusu pusu pulang ke kampung. Akibatnya tempat penginapan seperti hotel juga kemungkinan akan penuh dan penginapan ditawarkan pada harga yang mahal.
Oleh itu, Google melancarkan fungsi Google Travel ini bagi membolehkan proses pulang ke kampung menjadi lebih lancar dan teratur. Melalui fungsi ini, anda juga boleh mengakses beberapa fungsi Google yang lain seperti Google Flights dan Hotel Search.
Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat carian tentang hotel di lokasi yang anda ingin tuju. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat tempahan tempat penginapan dan tiket penerbangan sekiranya anda berminat untuk menginap di lokasi pilihan anda. Carian melalui fungsi ini juga akan memaparkan butiran cuaca pada tarikh penginapan anda sekaligus memberi peluang kepada anda untuk membuat persiapan sekiranya cuaca tidak mengizinkan.
3. Rancang Perjalanan Anda Dan Semak Kesesakan Jalan Raya Melalui Fungsi Google Maps
Fungsi Google Maps ini sangat membantu perjalanan anda pulang ke kampung kelak menjadi lebih lancar. Antara yang boleh dilakukan di dalam aplikasi ini ialah melihat situasi trafik dalam masa nyata. Sekiranya kesesakan kesesakan jalan raya dikesan, jangkaan masa ketibaan di destinasi yang anda ingin tuju dapat diketahui dengan pantas.
Anda hanya perlu memasukkan nama destinasi dan Google akan memberi maklumat lanjut berkenaan keadaan semasa jalan raya pada waktu carian dibuat. Fungsi ini juga akan memberi maklum balas sekiranya masa ketibaan lambat daripada jangkaan Google. Tetapi anda tidak perlu risau, kerana Google juga akan memberi jalan alternatif untuk anda sampai ke destinasi dengan lebih cepat. Dengan ini saudara mara tidak tertunggu kepulangan anda ke kampung seperti zaman pra-telefon pintar.
4. Kekal Berhubung Dengan Sanak Saudara Melalui Fungsi Google Duo
Sekiranya lewat tiba ke kampung Google Duo boleh digunakan untuk berhubung dengan sanak saudara yang berjauhan tanpa mengira masa dan lokasi. Duo membolehkan anda berhubung dengan 8 orang pengguna yang lain secara serentak.
Panggilan berkumpulan juga kini sudah boleh digunakan secara global untuk pengguna Android dan juga iOS. Seperti panggilan suara dan video yang dibuat melalui Google Duo, panggilan berkumpulan juga akan disulitkan sekaligus memberikan privasi kepada anda untuk membuat panggilan.
Fungsi ini juga membolehkan anda untuk meletakkan emoji dan teks ringkas pada mesej atau panggilan video tersebut. Sekiranya anda seorang yang kreatif, anda boleh membuat kad raya secara maya menggunakan fungsi Google Duo ini.
Jadi, melalui fungsi fungsi daripada Google ini, ia mungkin dapat memudahkan anda untuk membuat persiapan perayaan dan merancang perjalanan anda agar menjadi lebih teratur.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WqyMbg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment