Alexa Kini Boleh Membuat Penterjemahan Masa Nyata
Aplikasi penterjemahan kegemaran saya adalah Google Translate. Ini kerana, sistem yang Google tawarkan adalah pantas, mudah digunakan serta efisien. Ada yang hanya buka Google Lens untuk terjemahan masa nyata sambil merakam, ada juga yang memilih gambar dari galeri, menggunakan mikrofon atau bertanya kepada Google Assistant.
Tetapi ini tidak bermakna, pesaing tidak boleh menandingi Google. Amazon baru-baru ini telah menambah kemampuan pada Alexa, yang mana kini boleh membuat penterjemahan masa nyata. Penterjemahan yang Alexa boleh lakukan adalah dari bahasa Perancis ke Inggeris, Jerman, Hindi, Brazil, Protugis dan Sepanyol. Amazon turut berkongsi di blog mereka, bagaimana sistem penterjemahan ini berfungsi.
Apa yang Alexa boleh lakukan adalah, ia akan bertindak seakan penterjemah yang mana dua individu kemudian boleh berbual dalam bahasa asing atau seorang bahasa Inggeris dan seorang lagi bahasa yang Alexa sokong. Walau bagaimanapun, pada hemat saya – Google adalah lebih bagus kerana boleh hasilkan transkrib untuk rujukan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment