Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Menawarkan iOS 14.3 Dengan Sokongan ProRAW Untuk iPhone 12 Pro/Pro Max - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Menawarkan iOS 14.3 Dengan Sokongan ProRAW Untuk iPhone 12 Pro/Pro Max


Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi terbaru untuk pengguna peranti iPhone dan iPad, iaitu kemaskini iOS 14.3 dan juga iPadOS 14.3.

Melaluinya, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, dan yang paling difokuskan adalah ciri Apple ProRAW untuk pengguna iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Format rakaman ProRAW ini memberikan pelbagai kelebihan ciri rakaman gambar RAW, tetapi bersama-sama dengan sokongan fotografi berkomputerasi Apple. Ia sekaligus memudahkan proses anda rakamkan gambar yang jelas dan kemas, selain turut menggunakan ciri seperti Smart HD ketika melakukan rakaman.

Apple ProRAW

Apa pun, Apple turut memberikan amaran yang mana setiap rakaman menggunakan ProRAW mungkin membawa kepada saiz sebesar 25MB. Pengguna kedua-dua peranti berkenaan boleh mengaktifkan ciri rakaman ProRAW ini melalui halaman tetapan, pilih Camera, dan membuat tetapan melalui tab Format.

Disamping itu, kini App Store turut akan memperlihatkan informasi berkaitan privasi dan data yang dikumpulkan oleh sesuatu aplikasi. Pengguna juga boleh mengakses kepada App Clips dengan mengimbas kod khusus melalui kamera, dan tidak perlu memuat-turun sesuatu aplikasi sebelum dapat mencubanya.

Apple App Clips

Apple juga menawarkan sejumlah penambah-baikkan lain bersama-sama iOS 14.3 ini. Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh melakukan naik-taraf hari ini melalui bahagian tetapan di iPhone anda.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.