Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S21 Akan Mempunyai Akses Pantas Google Discover – Selamat Tinggal Samsung Daily - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S21 Akan Mempunyai Akses Pantas Google Discover – Selamat Tinggal Samsung Daily


Bulan Julai lepas, Samsung dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk tidak menyertakan Galaxy Apps Store dan Bixby pada peranti mereka. Nampaknya hari demi hari, Samsung semakin rapat dengan Google dengan banyak integrasi perkhidmatan Google dimuatkan dan turut menggalakkan pengguna mencubanya seperti Nearby Share dan terkini Google Discover.

Skrin utama Samsung akan ada laman khas – Samsung Daily. Ia adalah ruangan untuk menggunakan Bixby, Bixby Routine, membaca berita, akses pantas cuaca, Spotify, Netflix, dan banyak lagi. Ramai yang tidak menggunakannya dan menyampah dengan fungsi ini. Samsung kemudian dilihat menguji Samsung Free sebagai pengganti, yang mana lebih mirip dengan Google Discover – tetapi lebih teruk.

Terkini, pada video tertiris Samsung Galaxy S21 – peranti ini dilihat mempunyai Google Discover di skrin utama peranti. Samsung Daily atau Samsung Free tidak lagi kelihatan. Akhirnya, pengguna bebas menggunakan perkhidmatan Google ini yang mana lebih efisien. Samsung dilihat mengikut jejak langkan OnePlus, yang mana turut menggunakan Google Discover bagi menggantikan OnePlus Shelf, atau Vivo yang menggunakan Google sebagai gantian kepada Jovi.

Tetapi besar kemungkinan, Google Discover ini bukan lalai. Pengguna mungkin ada pilihan untuk menggunakan Google Discover atau Samsung Free. Jika Google Disocver adalah lalai, mungkin akan ada kawalan gestur untuk akses Samsung Free. Pengguna juga mungkin akan mempunyai pilihan untuk mematikan terus fungsi ini untuk mempunyai skrin utama yang lebih minimal. Peranti ini sudah pun tertiris dengan skor tanda aras, ia akan dilancarkan pada bulan Januari tahun hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.