Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kamera Sekuriti Dwi-Lensa EZVIZ C3X Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM539 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kamera Sekuriti Dwi-Lensa EZVIZ C3X Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM539


EZVIZ ialah sebuah nama yang cukup dikenali oleh mereka yang memasang sistem kamera sekuriti di kawasan rumah dan pejabat-pejabat kecil di seluruh dunia.

Jenama tersebut kini hadir secara rasmi di pasaran Malaysia, dan baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk siri kamera sekuriti terkini mereka, iaitu EZVIZ C3X, sebuah kamera sekuriti dengan sistem dwi-lensa terbina didalamnya.

Kamera sekuriti ini boleh merakam video pada resolusi Full HD, dan dengan sistem kecerdasan buatan yang terbina didalamnya, ia mampu membezakan pergerakan daripada binatang, pokok yang bergoyang, orang dan objek-objek lain yang berada didalam lingkungan pengawasannya.

EZVIZ turut mengatakan bahawa teknologi kameranya mampu melihat warna didalam keadaan yang sangat gelap, sehingga nilai kecerahan 0.005 lux yang cukup sesuai sekali digunakan apabila pada waktu malam, khususnya kerana kamera lain tidak akan mampu mengesan objek pada keadaan gelap seperti itu.

Kamera sekuriti ini boleh disambungkan kepada rangkaian WiFi rumah anda, dan boleh diakses menggunakan aplikasi EZVIZ yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan juga iOS.

Melalui aplikasi ini, anda boleh melihat kamera dan juga mengakses pelbagai jenis ciri yang memboleh anda mengubahsuai benda seperti kawasan amaran, bunyi loceng amaran dan sebagainya.

Kamera ini juga akan menghantar amaran kepada aplikasi ini sekiranya lokasi jagaan anda sekiranya terdapat objek atau individu yang memasuki kawasan jagaan kamera ini.

Kamera EZVIZ C3X ini juga hadir dengan kad SD terbina yang mempunyai storan 256GB untuk penyimpanan rakaman yang cukup lama, dan juga ketahanan kalis air dan debu IP67 yang membuatkannya sesuai untuk digunakan di kawasan dalam dan luar rumah ataupun pejabat.

Menurut EZVIZ Malaysia, kamera sekuriti EZVIZ C3X ini boleh dibeli di kedai pengedar produk mereka, ataupun melalui kedai atas talian EZVIZ di Lazada dan Shopee pada harga RM539.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.