Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia C1 Plus Kini Dilancarkan – Hadir Dengan Android 10 (Go edition) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia C1 Plus Kini Dilancarkan – Hadir Dengan Android 10 (Go edition)


Selepas tertiris bulan lalu, kini Nokia C1 Plus dilihat telah diperkenalkan secara rasmi. Ia merupakan naik-taraf berbanding model sebelum ini yang ditambahbaik dengan sejumlah spesifikasi lebih baik baik termasuk dilengkapi sokongan 4G.

Untuk spesifikasi, Nokia C1 Plus hadir dengan paparan bersaiz 5.4-inci dengan resolusi HD+ bersama nisbah aspek 18:9. Spesifikasi dalaman yang lain termasuklah penggunaan memori 1GB RAM dan storan dalaman 16GB yang boleh diperluaskan. Spesifikasi khusus untuk cip pemproses tidak pula diketahui, tetapi dijana cip empat teras dengan kelajuan mencecah 1.4Ghz.

Konfigurasi kamera pula terdiri dengan sensor 5-Megapixel untuk lensa utama dan swafoto. Kemudian, kapasiti bateri adalah sebesar 2,500mAh yang boleh dicas menggunakan sambungan port mikroUSB. Spesifikasi lain termasuklah menjalankan perisian Android 10 (Go Edition), bicu audio 3.5mm dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Red serta Blue. Nokia C1 Plus ditawarkan pada harga €69 iaitu sekitar ~RM341 untuk seunit.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.