Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Produk Baru Pada 17 Disember Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Produk Baru Pada 17 Disember Ini


Xiaomi Malaysia menerusi satu entri di laman Facebook rasmi mereka dilihat mengacah kehadiran produk baru pada khamis ini iaitu 17 Disember 2020. Poster acah turut dikongsi dan ia sedikit sebanyak memberi gambaran kasar mengenai produk berkenaan.

Entri dikongsi memperlihatkan sebuah imej yang berlatar belakang hitam bersama gambaran produk yang berbentuk segi empat seakan menyerupai sebuah jam tangan. Jika diteliti dengan baik, ia turut memperlihatkan rekaan seakan satu butang pada sisi produk tersebut.

Xiaomi bagaimanapun terus menerus berteka-teki mengenainya, tetapi melalui pengunaan slogan #GetSmartGetFit menguatkan lagi spekulasi produk tersebut akan memfokuskan terhadap kecergasan – misalnya seperti jam tangan pintar.

Rasanya, kita boleh menjangkakan ia mungkin adalah Mi Watch Lite yang dilancarkan secara global, baru-baru ini. Ditambah pula, terdapatnya satu laporan menerusi Nextrift yang mengatakan ia didapati telah melepasi laman SIRIM. Namun begitu, ia masih lagi satu spekulasi awal dan segala mengenainya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.