Google Menghentikan Jualan Google Home Max
Empat tahun lepas, Google mula menyertai arena pembesar suara pintar dengan mengintegrasikan Google Assistant dalam pembesar suara. Google hadir dengan Google Home pada tahun 2016 dan hadir dengan pilihan baru iaitu Google Home Max yang gergasi dan Google Home Mini yang comel pada tahun 2017. Ia menerima maklum balas yang positif kerana harga jualan yang tidak begitu mahal, sokongan yang baik, mudah digunakan serta mempunyai kualiti audio yang cukup memuaskan.
Google kemudian mengubah strategi pemasaran mereka dengan menjenamakan semula produk-produk Google Home ke Nest agar selari dengan produk-produk rumah pintar lain. Produk pertama adalah Nest Mini, Nest Hub (Google Home Hub) dan yang tertunda lama Google Home Hub Max yang diubah kepada Nest Hub Max. Tahun ini, Google melancarkan pengganti Google Home selepas empat tahun penantian – Nest Audio yang mana mirip dengan Google Home Max tetapi bersaiz mini.
Akhirnya, selepas tiga tahun – Google menghentikan jualan Google Home Max. Buat masa ini tidak pasti jika Google akan hadir dengan pengganti ataupun tidak. Google Home Max ini dilaporkan laris ketika jualan Black Friday dan Cyber Monday dengan harga 50% diskaun dari harga asal $399. Menurut sumber, walaupun Google sudah tamatkan jualan produk ini – kemaskini perisian dan sokongan akan terus diberikan. Walau bagaimanapun, tidak pasti sehingga bila.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment