Hi! Welcome Back and Stay Tune! FTC Mengarahkan Sembilan Syarikat Teknologi Dedahkan Bagaimana Mereka Mengumpul Data Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FTC Mengarahkan Sembilan Syarikat Teknologi Dedahkan Bagaimana Mereka Mengumpul Data Pengguna


Keselamatan data pengguna ialah sebuah topik yang sering diperkatakan apabila bercakap mengenai aplikasi-aplikasi paling popular di dunia. Terdapat banyak spekulasi tentang bagaimanakah syarikat-syarikat ini mengumpul data pengguna, dan bagaimanakah ia digunakan.

Terkini, Federal Trade Commission (FTC), badan perdagangan utama Amerika Syarikat telah mengarahkan sembilan syarikat teknologi terbesar di dunia yang beroperasi di negara tersebut untuk mendedahkan bagaimanakah mereka mengumpul dan menggunakan data pengguna mereka.

Syarikat-syarikat tersebut termasuklah Amazon, Facebook, ByteDance, Discord, Snap, WhatsApp, YouTube, Reddit dan Twitter semuanya diberi notis 45 hari selepas permintaan tersebut diterima untuk menjawab permintaan badan perdagangan itu.

Selain daripada memberitahu pihak FTC bagaimanakah data ini dikumpul, pihak FTC juga telah mengarahkan syarikat-syarikat ini untuk mendedahkan bagaimanakah perkhidmatan-perkhidmatan ini memilih iklan untuk ditunjukkan kepada pengguna.

Fungsi iklan yang disasasarkan (targeted ads) ini boleh dikatakan rahsia terbesar untuk syarikat-syarikat ini, jadi ia agak menarik untuk melihat samada mereka akan akur dengan arahan daripada pihak FTC ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.