Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ciri Satelit Pada iPhone 13 Terhad Kepada Kecemasan, Di Beberapa Buah Negara Sahaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ciri Satelit Pada iPhone 13 Terhad Kepada Kecemasan, Di Beberapa Buah Negara Sahaja


iPhone 13 telah diperkatakan akan menyertakan sokongan telekomunikasi melalui satelit. Lanjutan daripada desas-desus awal sebelum ini, kini beberapa perkara lanjutan diketahui mengenainya.

Mengikut laporan Bloomberg terbaru, ia dikatakan ciri telekomunikasi melalui satelit akan terhad kepada komunikasi kepada pihak kecemasan sahaja.

Apple melihat kepada implementasi dengan menghantar mesej kepada pihak kecemasan, atau menggunakan penghantaran SOS – melalui rangkaian satelit kepada pihak bertanggungjawab.

Ciri ini adalah lebih kepada tujuan kecemasan, sekiranya pengguna berada di luar kawasan dengan liputan rangkaian, seperti di tengah lautan.

Pada masa yang sama, ia dikatakan akan terhad boleh digunakan di beberapa buah negara sahaja, dan bukannya seluruh dunia.

Ciri satelit ini bukanlah sebagai pengganti kepada talian telekomunikasi sedia ada, sebaliknya hanya untuk tujuan kecemasan atau penghantara SOS sahaja.

Apple sendiri dikatakan tidak akan menawarkan ciri alternatif untuk panggilan selular dalam masa terdekat – apatah lagi mereka bergantung kepada syarikat telekomunikasi dalam memasarkan dan menawarkan iPhone kepada pengguna.

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 13 pada bulan September ini, dimana kita akan mendengar lanjut berkenaan penawaran Apple kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.