Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Nova 9 Kini Diperlihatkan Melalui Poster Rasmi – Bakal Dilancarkan Pada 23 September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Nova 9 Kini Diperlihatkan Melalui Poster Rasmi – Bakal Dilancarkan Pada 23 September


Terdahulu, wujud desas-desus mengatakan Huawei Nova 9 akan membuat kemunculan rasminya sekitar bulan ini. Mengulas perkembangan terkini berhubung perkara berkenaan, Huawei kini dilihat berkongsi tarikh pelancaran rasminya secara khusus menerusi satu poster rasmi di Weibo.

Menurut Huawei, peranti ini akan dilancarkan di China pada 23 September 2021. Selain daripada itu, poster turut memperlihatkan peranti ini mempunyai panel belakang lengkap dengan modul kamera unik seakan Honor 50 Pro. Dapat dilihat, ia menunjukkan modul kamera berbentuk bujur yang menempatkan satu lensa gergasi. Kemudian ia diikuti dengan tiga tambahan lensa kecil pada bonggol berlainan. Pada masa yang sama, panel belakangnya juga mempunyai penjenamaan Nova.

Huawei Nova 9 juga akan menjalankan HarmonyOS yang merupakan sistem operasi dibangunkan oleh Huawei sendiri. Sementara itu, turut tular di media sosial mengatakan Huawei Nova 9 besar kemungkinan dilengkapi rangkaian 5G secara terbina – tidak seperti siri Huawei P50 yang sekadar menyokong rangkaian 4G sahaja. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi untuk kemaskini lebih lanjut.

Sumber : Weibo



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.