Pemilik Kedai Makan? Kini Shopee Menyediakan Laman Khas Daftar ShopeeFood
ShopeeFood dijangka diperkenalkan kepada umum seawal bulan ini. Pihak Shopee sedia mendekati para pekedai melalui beberapa agen untuk pendaftaran, dan kini dilihat turut menyediakan sebuah halaman khas bagi membolehkan para pekedai mendaftar sendiri penawaran mereka bersama pihak Shopee.
Kini, selain daripada itu, pihak Shopee turut menyediakan sebuah halaman khas bagi membolehkan para pemilik kedai makan melakukan pendaftaran terus untuk menyertai ShopeeFood.
Bagi anda yang berminat atau memiliki kedai makan, boleh menyemak laman khas ini, dan melakukan pendaftaran, dimana seterusnya pihak Shopee akan memproses permohonan dan meluluskannya sekiranya berjaya. Shopee mengatakan pemilik restoran, kafe, gerai mahupun kendera saji boleh mendaftar untuk menawarkan makanan melalui ShopeeFood.
Namun, salah satu kekurangan dilihat untuk sistem permohonan di laman ini adalah ia tidak menyertakan informasi tambahan seperti caj yang akan dikenakan, dan beberapa info lain kepada pekedai – sebelum mereka mengambil keputusan untuk melakukan permohonan berkenaan.
Anda boleh menyemak laman khas pendaftaran ShopeeFood Partner, dan membuat keputusan untuk melakukan pendaftaran atau menghubungi lanjut pihak Shopee melaluinya untuk mendapatkan maklumat tambahan hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment