Masalah Sijil Digital Vaksin Pada MySejahtera? Ini Bagaimana Mengatasinya
MySejahtera telah pun dikemaskini dengan antaramuka baharu minggu ini, yang memaparkan sijil digital vaksin dengan lebih jelas pada paparan utama, dan memudahkan pengguna untuk ke sesuatu premis.
Walaupun ia agak menarik, namun terdapat beberapa rintihan pengguna mengatakan maklumat vaksinasi mereka tidak dikemaskini pada MySejahtera – sekaligus menyukarkan beberapa urusan.
Selari dengannya, kini MySejahtera turut telah menambah sebuah pilihan baharu di Helpdesk MySejahtera dalam memudahkan pengguna membuat aduan berkenaan dengannya.
Bagi pengguna yang terkesan, anda hanya perlu tekan pada Helpdesk, dan seterusnya memilih menu yang dinamakan “Saya telah divaksin tetapi maklumat vaksinasi saya belum dikemaskini di laman vaksin saya”.
Seterusnya, anda perlu masukkan maklumat identiti dan menghantar ia kepada pihak MySejahtera.
Pihak KKM mengatakan yang mana kemaskini akan mengambil masa antara 1 ke 2 minggu lamanya. Sementara itu, pengguna diminta menggunakan kad vaksinasi fizikal sebagai bukti untuk vaksin.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment