Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Menunjukkan Rekaan Watak Alchemist Untuk Mempromosi Kad Grafik Intel Arc Pertama Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Menunjukkan Rekaan Watak Alchemist Untuk Mempromosi Kad Grafik Intel Arc Pertama Mereka


Beberapa minggu yang lalu, Intel telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri kad grafik pertama mereka, iaitu Intel Arc pada awal tahun hadapan. Siri pertama ini dinamakan Intel Arc Alchemist, dilihat bakal hadir dengan beberapa model kad grafik kelas pertengahan dan premium untuk menandingi penawaran daripada AMD dan juga NVIDIA.

Sebagai satu cara pemasaran, Intel juga nampaknya dilihat memperkenalkan maskot untuk siri kad grafik tersebut yang juga dinamakan Alchemist. HotHardware menemubual Intel pada minggu lepas mengenai siri kad grafik Intel Arc Alchemist, dan pada acara tersebut, turut memperkenalkan maskot ini.

Seperti siri kad grafik tersebut, ia juga dinamakan Alchemist, dan selain daripada rekaan maskot tersebut, Intel turut memperlihatkan sedikit maskot-maskot mereka yang lain, iaitu Battlemage, Celestial dan Dryad yang akan dilancarkan di masa akan datang.

Intel turut memperlihatkan beberapa gambar yang boleh digunakan pada desktop anda jika diingini, dan boleh dimuat-turun melalui laman web HotHardware jika diingini.

Sumber: HotHardware



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.