Xiaomi Menguji “MIUI Pure Mode” – Lindungi Pengguna Daripada Aplikasi Berbahaya Dan Berisiko
Xiaomi kini dilihat sedang menguji sebuah ciri dinamakan sebagai “MIUI Pure Mode”.
Xiaomi dilihat membangunkan ciri ini disebabkan oleh masalah aplikasi berbentuk hasad yang banyak di Android, sekaligus mendedahkan pengguna kepada pelbagai bahaya pada era siber kini.
Pihak Xiaomi sendiri mengatakan mereka mendapati sebanyak 40% aplikasi yang dipasang pengguna MIUI (di China) tidak melalui pemeriksaan sekuriti, dan 10% didapati berpotensi membawa risiko.
Disebabkan olehnya, Xiaomi hadir dengan ciri MIUI Pure Mode. Apabila diaktifkan, pengguna tidak boleh memasang aplikasi daripada sumber luar – atau pada latar.
Dengan langkah ini, ia membolehkan pengguna melindungi peranti mereka daripada memasang sebarang aplikasi luar secara sengaja, atau pada latar tanpa pengetahuan pengguna.
Secara kasar, ia dilihat menyerupai apa yang Apple lakukan pada iPhone – dengan mengawal bagaimana pengguna menggunakan aplikasi pada peranti mereka. Namun, pihak Xiaomi dilihat masih memberikan pilihan untuk nyah-aktifkan ciri ini, dan memasang aplikasi yang dikehendaki sekiranya perlu untuk pengguna pro.
Buat masa ini, ciri MIUI Pure Mode hanya pada peringkat ujian di China, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke saluran stabil.
Bagi anda, apakah anda meminati ciri seperti ini?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment