Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat-Syarikat Teknologi Mahu Memulakan Perbincangan Dengan Kerajaan Malaysia Mengenai Isu Polisi Kabotaj - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat-Syarikat Teknologi Mahu Memulakan Perbincangan Dengan Kerajaan Malaysia Mengenai Isu Polisi Kabotaj


Pada tahun lepas, kerajaan Malaysia telah mengubah polisi kabotaj negara ini, yang mana ia menyebabkan syarikat-syarikat teknologi terkemuka lebih sukar untuk memperbaiki kabel-kabel dasar laut mereka sekiranya apa-apa masalah berlaku kepadanya.

Dengan kerajaan baru, syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Amazon, Google, Facebook dan Microsoft dilaporkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk berbincang tentang membenarkan syarikat-syarikat ini menggunakan kapal dan kelengkapan mereka sekiranya ia didapati bahawa terdapat masalah yang perlu diperbaiki di perairan Malaysia.

Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir sebelum ini telah memberikan kelonggaran kepada syarikat-syarikat ini supaya sebarang masalah boleh diperbaiki dengan cepat, akan tetapi ia berubah apabila kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil-alih tampuk pimpinan, dimana syarikat-syarikat ini terpaksa menggunakan khidmat perkapalan tempatan yang tidak begitu pantas dalam kebolehan mereka untuk keluar ke perairan untuk memperbaiki sebarang masalah yang timbul.

Amazon, Facebook, Google dan Microsoft semuanya mempunyai kontrak yang mengatakan bahawa sekiranya sebarang isu berlaku, mereka mempunyai masa yang terhad untuk memperbaiki sistem-sistem kabel ini sebelum ia mengeruhkan keadaan untuk perniagaan-perniagaan yang memerlukannya untuk beroperasi, dan mereka telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk memastikan mereka boleh kemana-mana lokasi di rantau ini dengan cepat untuk memperbaikinya.

Polisi kabotaj semasa menyukarkan perkara tersebut, dan oleh itu, MyIX, iaitu syarikat pertukaran internet di Malaysia telah dilantik sebagai wakil kepada syarikat-syarikat ini untuk memulakan perbincangan dengan kerajaan baru supaya isu ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.

Sumber: Reuters



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.