Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirPods Max Dan AirPods Pro Kini Menyokong Pencarian Find My Seakan AirTag - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirPods Max Dan AirPods Pro Kini Menyokong Pencarian Find My Seakan AirTag


Apple telah memperkenalkan sistem pencarian Find My yang lebih maju berbanding sebelum ini. Ia diperkenalkan bersama-sama dengan AirTag yang dilancarkan pada April lalu.

Sistem pencarian ini memanfaatkan cip Ultra Wideband yang ada pada siri iPhone 11 Pro dan siri iPhone 12 serta iPhone 13. Baru-baru ini Apple telah mengedarkan kemaskini firmware 4A400 untuk AirPods Max dan AirPods Pro yang boleh dicari menggunakan sistem seakan AirTag jika terlupa lokasi aksesori audio ini atau hilang.

Berbeza dengan AirTag, kedua-dua AirPods ini masih memerlukan bantuan rangkaian Bluetooth untuk pencarian yang lebih jitu. Jika berada di luar rangkaian, sistem akan memaparkan lokasi terakhir yang telah direkodkan dan tidak boleh menggunakan sistem Find My seakan AirTag ini.

Walaupun AirPods (generasi kedua) turut menerima kemaskini 4A400, ia tidak disenaraikan dalam sokongan pencarian ini. Bagi aksesori audio lain seperti Beats Solo Pro, Powerbeats 4 dan Powerbeats Pro kemaskini yang diterima adalah versi 4A394 tanpa sebarang senarai log perubahan didedahkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.