Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazfit Memperkenalkan Logo Baharu – Jam Baru Akan Dilancarkan Dengan Zepp OS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazfit Memperkenalkan Logo Baharu – Jam Baru Akan Dilancarkan Dengan Zepp OS


Amazfit iaitu syarikat di bawah Huami cukup terkenal dengan pelbagai variasi peranti boleh pakai. Daripada penjejak kesihatan, jam tangan pintar asas, jam tangan pintar khusus untuk kecergasan dan banyak lagi.

Mereka akan melancarkan Amazfit GTR 3 dan GTS 3 pada bulan ini. Terkini mereka telah mengacah penggunaan logo baharu “Amazfit” yang lebih minimalis serta menyatakan jam baharu mereka akan menjalankan sistem operasi tersendiri yang digelar Zepp OS.

Jam ini akan mempunyai fungsi tekan sekali semua imbasan nadi, kadar oksigen dalam darah, aras tekanan dan kadar pernafasan pengguna akan dibaca secara serentak.

Butiran lain mengenai jam ini masih belum didedahkan lagi. Tetapi ia dilihat mungkin adalah satu perubahan baharu untuk mereka dengan sistem operasi tersendiri serba baharu, logo baharu – nafas lebih segar untuk produk mereka akan menarik perhatian lebih ramai. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.