Selamat Tinggal IGTV – Instagram Mengabungkan Video Panjang Dan Pendek Dibawah Instagram Video
Instagram kini melakukan perubahan besar pada platform mereka, dan dilihat akan lebih memfokuskan kepada video melalui aplikasi mereka. Selain daripada Reels, kini Instagram menjenamakan video-video lain dibawah format baharu dinamakan Instagram Video.
Selari dengannya, Instagram akan menghentikan penggunaan jenama IGTV, dan akan lebih memasarkan penggunaan terma Instagram Video.
Dibawah Instagram Video, ia akan mengabungkan semua video yang dikongsikan pengguna pada Instagram Feed, selain video panjang yag sebelum ini dikenali IGTV.
Pelbagai video yang diterbitkan oleh seseorang pengguna juga kini boleh diakses dengan mudah melalui tab “Video” pada profil pengguna berkenaan di Instagram.
Apa pun, buat masa ini, Reels masih diasingkan, dan mempunyai tab khusus untuknya. Instagram turut tidak merancang untuk mengabungkannya buat masa ini.
Dengan perubahan baharu ini, pengguna boleh memuat-naik video sepanjang sehingga 60 minit ke Instagram, dan berkongsi ia dengan pengguna lain secara mudah berbanding sebelumnya.
Perubahan baharu pada Instagram ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini di iOS dan Android.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment