Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hadiah Nobel Fizik Dianugerahkan Kepada Tiga Saintis Yang Menemukan Sains Perubahan Iklim Dan Fenomena Kompleks - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hadiah Nobel Fizik Dianugerahkan Kepada Tiga Saintis Yang Menemukan Sains Perubahan Iklim Dan Fenomena Kompleks


Semalam Hadiah Nobel untuk biologi atau fisiologi dianugerahkan kepada dua saintis untuk penemuan reseptor sentuhan pada tubuh manusia. Hari ini Hadiah Nobel untuk fizik pula dianugerahkan kepada tiga saintis Syukuro Manabe, Kalus Hasselmann, dan Georgio Parisi atas penemuan sains perubahan iklim serta sistem kompleks.

Syukuro Manabe seorang ahli meteorologi dari Princeton University membangunkan model perubahan iklim pada dekad 1960an yang menunjukkan bagaimana peningkatan gas karbon dioksida di bumi menyebabkan peningkatan suhu. Model beliau hanya mula dikenali ramai ketika dekad 80an menerusi konsep kesan rumah hijau.

Klaus Hasselmann dari Max Planck Institute for Meteorology pula mencipta model komputer yang menghubungkan cuaca dengan iklim. Model ini menujukan bagaimana model perubahan iklim masih boleh digunapakai walaupun cuaca berubah-rubah.

Akhir sekali Georgio Parisi pula menemui hubungkait di antara ketidakakuran dan perubahan dalam sistem fizikal dari skala atom hinggalah planet. Walaupun seakan tiada kaitan dengan sains perubahan iklim Syukiro Manabe dan Klaus Hasselmann, penemuan Parisi menunjukkan bagaimana perubahan pada satu sistem mendatangkan kepada sistem yang lain.

Hadiah Nobel bernilai 10 juta Krona (~RM4.78 juta) ini dibahagikan kepada dua dengan 5 juta Krona kepada Manabe dan Hasselman dan 5 juta lagi kepada Parisi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.