AirAsia Perkenal Pelan Langganan SUPER+ – Penerbangan Tanpa Had, Penghantaran AirAsia Food Percuma
AirAsia Super App, hari ini memperkenalkan pelan langganan mereka tersendiri, dinamakan sebagai SUPER+.
Pelan langganan SUPER+ ini ditawarkan pada harga RM639, dan hadir dengan beberapa penawaran menarik untuk pelanggannya. Antara yang ditawarkan adalah termsauk penebusan penerbangan tanpaa had di semua syarikat penerbangan AirAsia untuk destinasi domestik dan antarabangsa, selain penghantaran percuma tanpa had untuk pesanan makanan di AirAsia Food.
Langganan SUPER+ juga turut hadir dengan perlindungan insurans sebelum berlepas untuk Covid-19.
AirAsia mengatakan hanya 200,000 pelan langganan SUPER+ yang disediakan, dan terhad antara hari ini sehingga 2 April 2022 kelak.
Untuk penebusan penerbangan, pengguna turut perlu merujuk kepada sejumlah terma yang disediakan – termsauk melakukan tempahan penerbangan sekuraang-kurangnya 14 hari.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment