Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPad Pro 2022 Mungkin Dijana Cip Apple M2 Dan Menyokong MagSafe - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPad Pro 2022 Mungkin Dijana Cip Apple M2 Dan Menyokong MagSafe


Apple tahun 2020 melakukan satu strategi yang agak aneh, iaitu melancarkan cip pemprosesan Apple A14 Bionic melalui iPad Air generasi keempat sebelum cip ini dilancarkan pada siri iPhone 12. Tahun ini, Apple dikhabarkan akan melancarkan cip siri M baharu iaitu Apple M2 yang dikatakan akan mempunyai prestasi gila melampau – mungkin mencapai CPU 48-teras dan GPU 128-teras dengan M2 Extreme.

Menurut laporan daripada The Verge, Apple dijangka akan melancarkan iPad Pro baharu dengan cip M2 pada tahun ini. Satu kemaskini yang ramai nantikan selepas kali terakhir ia diperkenalkan pada tahun lepas dengan cip M1 dan paparan mini-LED. iPad Pro baharu dengan cip Apple M2 ini dijangka akan dilancarkan pada September atau November 2022.

iPad Pro

Cip M2 pada iPad mungkin adalah variasi asas dengan CPU 10 teras dan GPU 10 teras. iPad Pro dengan cip M2 ini juga dijangka akan hadir dengan sokongan pengecsan nirwayar melalui MagSafe. Apa-apa pun ini adalah satu perkara yang menarik untuk melihat sebuah tablet dengan cip gila berkuasa. Cip M1 yang sedia ada pun sudah terlampau berkuasa, apatah lagi M2?

Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.