Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Ialah Spesifikasi Siri Black Shark 5 – Dilengkapi Sistem Penyejukan Lebih Baik, Pengecasan Pantas 120W - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Ialah Spesifikasi Siri Black Shark 5 – Dilengkapi Sistem Penyejukan Lebih Baik, Pengecasan Pantas 120W


Pelancaran untuk Black Shark 5 telah dijadualkan berlangsung di China pada 30 Mac ini. Menjelang pelancaran rasmi, kini satu persatu spesifikasi pada peranti pintar ini mula didedahkan. Black Shark sudah sinonim dengan gelaran peranti pintar yang memfokuskan permua. Maka, sudah semestinya penawaran yang diberikan seharusnya memberi penekanan kepada pengalaman permua yang baik.

Salah satu daripadanya, skrin dengan kadar segar semula tinggi. Black Shark 5 telah disahkan menyokong skrin dengan kebolehan kadar segar semula mencapai 144Hz dengan kadar sentuhan 720Hz. Melaluinya, ia sudah semestinya mampu menawarkan pengalaman penggunaan yang baik sekali. Menurut Black Shark, ia mampu menyampaikan pengalaman tindak balas 15% lebih baik berbanding sebelumnya,

Seterusnya, peranti pintar turut sama dilengkapi dengan butang bahu fizikal untuk permainan, tetapi kebolehannya kini dikatakan telah ditambah-baik. Kapasiti bateri juga kini lebih besar iaitu 4,560mAh yang turut sama menyokong pengecasan pantas 120W. Terdapat sumber mengatakan, kesemua model yang diumumkan kelak akan dibekalkan kapasiti bateri yang sama.

Kemudian, sistem penyejukan pada peranti juga menerima penambahbaikan. Di mana, ia menggunakan kebolehan pelepasan haba dua sisi bagi membolehkan pengalaman penggunaan kelak menjadi lebih baik. Pada masa sama, ia juga bertujuan bagi pengoptimasian prestasi peranti yang memuaskan tanpa masalah panas melampau.

Ini sahaja spesifikasi pada peranti pintar yang dikongsi setakat ini. Spesifikasi lengkap akan diketahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Sumber : Weibo



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.