Bonggol Kamera Pada iPhone 14 Pro Dijangka Lebih Tebal Kerana Sensor 48MP Baharu
Apple dijangka memperkenalkan beberapa perkara baharu melalui siri iPhone 14 Pro pada tahun ini, termasuk dari segi rekaan dan prestasinya. Selain dari segi perubahan pada rekaan takuk, Apple juga kini dijangka menyertakan sensor 48-megapixel baharu bersama siri iPhone 14 Pro.
Dengan penggunaan sensor yang lebih besar, ia dikatakan akan membawa kepada saiz bonggol kamera yang lebih tebal berbanding sedia ada.
Menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, iPhone 14 Pro, penggunaan sensor baharu dijangka membawa kepada peningkatan saiz – termasuk lensa 7P 48-megapixel yang akan meningkatkan ketinggian sekitar 5-10%.
Apa pun, terdapat juga kemungkinan Apple mencuba beberapa rekaan berbeza. Sebelum ini, pada tahun lepas, tertiris info awal yang mana Apple mungkin menggunakan rekaan yang diinspirasikan daripada iPhone 4, dan hadir tanpa sebarang bonggol kamera.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment