PETRONAS Dan Waygate Bekerjasama Membangunkan Robot Pemeriksaan Untuk Industri O&G
PETRONAS Technology Ventures Sdn Bhd (PTVSB) mengumumkan kerjasama dengan Waygate Technologies Robotics AG (WTR) untuk mengkomersialkan robot pemeriksaan untuk keperluan industri petroleum dan gas (O&G).
Robot yang berasaskan sistem robot BIKE yang dibangunkan oleh WTR memperbaiki pengurusan data dan pemeriksaan kawasan yang sukar diakses di fasiliti O&G pesisir laut serta darat. Antara teknologi yang digunakan adalah kemampuan membersih, sistem ultrasonik tambahan dan pemeriksaan arus pusar.
Di bawah perjanjian komersial ini, PETRONAS akan menggunakan robot BIKE di fasiliti mereka sementara WTR akan menawarkan latihan komprehensif dan perkhidmatan sokongan. Kedua-dua syarikat turut akan mempromosikan penggunaan teknologi ini kepada pelanggan dan rakan niaga.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment