Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat Vivo Dikenali Sebagai Vivo X Fold – Pelancaran Rasmi Pada 11 April
Peranti dengan skrin boleh lipat semakin mendapat tempat dalam kalangan pengeluar hari ini, sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mencari peranti sedemikian. Terbaru, kita telah mendengar mengenai kewujudan peranti boleh lipat daripada Vivo. Ia juga telah sedia diacah menerusi poster tular sebelum ini yang mengatakan Vivo bakal mengumumkan sesuatu pada hari ini.
Ternyata, Vivo kini mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk peranti boleh lipatnya. Dikenali dengan nama Vivo X Fold, pelancaran peranti pintar ini dijadualkan berlangsung pada 11 April 2022. Pada masa sama, video berdurasi pendek yang dimuat naik sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai rekaan pada peranti. Meskipun tidak diperlihatkan dengan penuh, tetapi ia menunjukkan peranti menggunakan pendekatan seperti mana yang terdapat pada Samsung Galaxy Z Fold sebelum ini.
Melaluinya, ia sudah semestinya akan menawarkan pengalaman penggunaan seakan sebuah tablet apabila dibuka. Kemudiannya, turut sama mempunyai skrin sekunder pada bahagian luar. Bahagian sisi peranti turut memperlihatkan kewujudan dua butang fizikal yang besar kemungkinan berfungsi sebagai beberapa kawalan seperti butang kuasa dan laras audio. Tiada maklumat berkaitan spesifikasi yang dikongsi buat masa ini.
Namun begitu, terdapat desas-desus yang mengatakan peranti bakal menampilkan paparan sejenis OLED yang menyokong resolusi FHD+. Lain-lain spesifikasi yang turut sama disokong termasuklah bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan berwayar berkuasa output 80W, dijana cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen1 dan variasi memori mencapai 12GB RAM yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 512GB.
Sumber : Weibo
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment