Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi TheNoor Kini Hadir Dengan Sokongan Edagang – Boleh Digunakan Bersama Apple Watch - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi TheNoor Kini Hadir Dengan Sokongan Edagang – Boleh Digunakan Bersama Apple Watch


TheNoor merupakan salah satu aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif yang merangkumi semua aspek kerohanian dan kehidupan harian. Ia merupakan projek di bawah kelolaan selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor. Ia juga boleh dianggap sebagai aplikasi yang mesra pengguna, malahan turut terbuka untuk digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

Dalam perkembangan terkini, aplikasi ini dilihat telah menerima beberapa kemas-kini baharu bagi menjadikannya lebih menarik dan efisien. Salah satu daripadanya, ia kini hadir dengan ciri kedai atas talian yang berlandaskan syariah. Terdapat pelbagai kategori produk yang disediakan seperti buku, makanan, pakaian, tiket penerbangan, perkakasan rumah dan sebagainya. Pembayaran pula boleh dibuat secara dalam talian melalui tiga pilihan sama ada melalui FPX, kad kredit/debit atau pembayaran Slip – Buy Now Pay Later. Hasil cubaan kami mendapati sebanyak RM6 akan dikenakan sebagai caj untuk penghantaran barang.

Kemas kini seterusnya adalah sokongan untuk Apple Watch. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menjejak pelbagai aktiviti melalui jam tangan pintar Apple. Ini termasuklah waktu solat fardhu, kiraan tasbih dan rakaat solat dan juga arah kiblat. Ini adalah fungsi baru yang akan memudahkan para pengguna untuk mengakses aktiviti berkenaan pada bila-bila masa tanpa perlu bergantung harap sepenuhnya dengan telefon pintar semata-mata.

Lain-lain kemas kini pada aplikasi TheNoor termasuklah ciri audio untuk koleksi zikir di pagi hari dan petang berserta terjemahan. Kemudian, ia turut menyokong fungsi push notification yang membolehkan pengguna sentiasa peka dengan aktiviti, mesej mahupun sebarang temu janji penting. Seterusnya, turut terdapatnya fungsi Faraid yang berkaitan dengan kadar bahagian harta pusaka yang akan diwarisi oleh seseorang waris yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak.

Setakat artikel ini ditulis, kesemua fungsi yang dinyatakan sudah boleh diakses oleh pengguna yang sedia muat-turun aplikasi ini. Bagi anda yang belum muat-turun, aplikasi TheNoor boleh didapati secara percuma menerusi kedai aplikasi Google dan Apple AppStore.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.