Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-ura) NVIDIA GeForce RTX 4090 Dijangka Hadir Dengan 24GB Memori GDDR6X, Penggunaan Kuasa Setinggi 600W - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-ura) NVIDIA GeForce RTX 4090 Dijangka Hadir Dengan 24GB Memori GDDR6X, Penggunaan Kuasa Setinggi 600W


Pada minggu lepas kami ada melaporkan bahawa sejumlah nama model cip pemprosesan grafik akan datang oleh NVIDIA, yang dijangka akan dinamakan Ada Lovelace telahpun tertiris ke arena web.

Terkini, terdapat ura-ura baru daripada Igor’s Lab yang memperlihatkan sejumlah butiran baru mengenai kad grafik tersebut, khususnya tentang kad-kad grafik kelas premium mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 4090 dan RTX 4080.

Sama seperti GA102, AD102 dilihat sebagai cip pemprosesan grafik paling berkuasa oleh NVIDIA tidak lama lagi, dan akan dimuatkan didalam kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 dan juga RTX 4080. Dari segi penawaran memori, ia dikatakan bahawa RTX 4090 akan hadir dengan penawaran memori GDDR6X sebanyak 24GB, yang mana ia adalah jumlah memori yang sama ditawarkan pada kad grafik NVIDIA paling berkuasa sekarang, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti.

Jumlah pin dan saiz cip pemprosesan grafik yang akan digunakan pada kad grafik Ada Lovelace ini sama seperti apa yang diperlihatkan pada kad grafik siri Ampere, dan ini dijangka akan memudahkan proses ujian oleh pembuat kad grafik kelak.

Walaupun begitu, dua perbezaan terbesar yang akan diperlihatkan pada siri kad grafik Ada Lovelace ini termasuklah penggunaan sambungan PCIe 5.0 yang terbaru, bersama-sama dengan ura-ura bahawa RTX 4090 akan memakan kuasa sebanyak 600W.

Jika benar, ini bermakna bahawa untuk sebuah binaan komputer generasi baru dengan kad grafik ini, pengguna mungkin akan memerlukan bekalan kuasa setinggi 1000W ke 1200W untuk menguasakan sistem tersebut dengan lancar. Ini juga bermakna bahawa RTX 4090 akan hadir dengan jumlah penggunaan kuasa 150W lebih tinggi berbanding dengan RTX 3090 Ti yang memakan 450W kuasa.

Ini cukup menarik khususnya kerana RTX 3090 Ti hanya akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini, manakala kad grafik siri RTX 4000 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.