Digi Hadir Dengan Promosi “Internet Burung Hantu” Tersendiri Sehingga 31 Mei 2016
Celcom pada tahun lepas telah hadir dengan penawaran Internet Burung Hantu yang berjaya menarik ramai pengguna untuk beralih daripada pelbagai rangkaian ke rangkaian Celcom Xpax. Kini, mengikuti langkah Celcom, Digi turut memperkenalkan penawaran yang lebih kurang sama, tetapi hanya terhad untuk sebulan sahaja – iaitu sehingga 31 Mei 2016.
Melalui penawaran Digi, mereka memanggilnya sebagai Internet Lewat Malam. Seperti Celcom, Digi menawarkan penggunaan kuota dibawah Internet Lewat Malam ini antara 1 pagi hingga 7 pagi.
Berbeza dengan Celcom, penawaran Digi juga terhad penggunaan datanya mengikut pelan yang dilanggan, dan memerlukan pengguna memilih antara Internet Lewat Malam, atau penggunaan Facebook atau YouTube atau data tambahan 4G.
Untuk penawaran Internet Lewat Malam, mereka menawarkan data yang sama banyak dengan pelan yang dilanggan untuk pakej Mingguan, sementara untuk langganan pakej bulanan, mereka menawarkan akses data tanpa had (tertakluk kepada FUP).
Promosi ini disediakan oleh Digi hanya untuk sebulan sahaja, iaitu daripada 1 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016. Pengguna yang ingin menebusnya, boleh mendail *888*2#.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1pKdDnB
Post a Comment