Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Dharmendran – apa yang subjudis? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Dharmendran – apa yang subjudis?

Dharmendran

Oleh Khairul Naim Rafidi

Lord Denning dalam kes Wallersteiner v Moir [1974] 3 All ER 217 pernah menyebut “komen yang adil tidak subjudis terhadap perbicaraan yang adil”.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut bahawa adalah sesuatu yang subjudis dan prejudis sekiranya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membincangkan kes N Dharmendran yang mati dalam tahanan di luar mahkamah.

EAIC telah menyangkal kenyataan teori anggota Polis bahawa telinga mangsa telah dikokot selepas beliau mati.

Asasnya, subjudis adalah istilah latin yang membawa maksud “dalam pertimbangan mahkamah”. Ia adalah suatu keadaan apabila sesuatu kes itu dalam pertimbangan atau perbincangan pihak mahkamah.

Sebagai rukun asas, kes yang masih dalam pertimbangan mahkamah tidak boleh dibincangkan di luar mahkamah kerana ia akan akan memberi kesan dan menggangu proses keadilan dalam usaha mahkamah untuk memberikan keputusan yang adil.

Sekiranya ia dibincangkan, undang-undang menghina mahkamah (contempt of court) boleh dikenakan terhadap individu atau pihak tersebut.

Namun begitu, dalam kes yang sama iaitu Wallersteiner v Moir [1974] 3 All ER 217 , Lord Denning secara tegas memutuskan bahawa ;

“I know that it is commonly supposed that once a writ is issued, it puts a stop to discussion. If anyone wishes to canvas the matter in the press or in public, it cannot be permitted. It is said to be subjudice. I venture to suggest that it is a complete misconception.. The sooner it is corrected, the better. If it is a matter of public interest, it can be discussed at large without fear of thereby being in contempt. Criticisms can continue to be made and can be repeated. Fair comment does not prejudice a fair trial.”

Berdasarkan penghakiman di atas, jelas bahawa kes Dharmendran merupakan suatu isu yang melibatkan kepentingan awam dan boleh dibincangkan tanpa rasa takut. Perbincangan seperti ini juga adalah dibenarkan di dalam peruntukan asas Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hak-hak individu tidak boleh dihalang terutamanya apabila ia melibatkan hal-hal kepentingan awam. Rukun subjudis tidak sepatutnya mengatasi hak rakyat seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, perbincangan harus dijalankan secara berhemah. Saya juga percaya, EIAC yang merupakan Badan Berkanun Persekutuan hanya menjalankan tanggungjawabnya iaitu memantau dan menyemai integriti anggota penguatkuasa supaya kepercayaan masyarakat akan meningkat.

EIAC hari ini tidak mengkritik proses kehakiman, tetapi menyanggah teori anggota Polis terutama berkenaan dengan isu dawai kokot yang dijumpai di telinga mangsa.

Dalam kes Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd v Fadha Nur Binti Ahmad Kamar & Anor [2011] MLJU 536 , Hakim mahkamah menyebut ;

“If I may add, it is all a matter of proportion and circumstance. If a comment attacks the merits of an ongoing litigation, for example, or cast aspersions on the independence and integrity of the judiciary and the judicial process in the context of an ongoing active suit, there will obviously be a breach of the sub judice rule and will be an act of contempt, as was the case in Murray Hiebert, supra.”

Di sini, EIAC tidak pun menyerang proses kehakiman yang sedang berjalan, tetapi hanya mempertikai penjelasan pegawai Polis yang EIAC anggap sebagai tidak munasabah.

Tambahan pula, kes-kes di dalam sistem kehakiman kita pada hari ini adalah diputuskan oleh Hakim profesional dan bukan juri dalam kalangan rakyat biasa. Sistem juri telah lama dimansuhkan dalam negara ini. Hakim-hakim di negara ini terdiri daripada hakim mahkamah yang profesional dan bebas serta tidak mudah terpengaruh dengan pendapat awam.

Hakikatnya, keadaan akan bertambah buruk sekiranya EIAC hanya berdiam diri dan membiarkan rakyat tertanya-tanya dan terus membuat spekulasi terhadap kes ini di dalam media sosial kerana kes kematian dalam tahanan bukanlah sesuatu yang baru.

Rukun subjudis tidak boleh dijadikan alat bagi menghalang perbincangan-perbincangan di ruang awam terutamanya hal yang melibatkan rakyat seluruhnya.

Undang-undang lama tidak seharuskan menjadi alat bagi menghalang rakyat berekspresi, tetapi undang-undang harus praktikal dan sesuai dengan keadaan semasa.

Justeru, persoalan yang timbul di sini, apa yang subjudis?

Khairul Naim Rafidi adalah pengasas Sekolah Undang-Undang Rakyat (SUUR)

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T8Agd0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.