Internet Burung Hantu Percuma Untuk XPAX Magic SIM Akan Dihadkan Kepada 10GB Setiap Langganan
Celcom pada hari ini telah memperkenalkan pakej Xpax M4GIC yang baru, memfokuskan kepada penawaran panggilan tanpa had antara talian Celcom, disamping dilengkapi dengan langganan beberapa pelan internet baru. Sejak daripada pengenalannya, ramai pengguna tertanya-tanya mengenai apakah yang terjadi dengan pelan Internet Burung Hantu sebelum ini.
Celcom mengesahkan yang mana pelan XPAX Magic SIM akan disokong seperti biasa, dan pengguna yang melanggan pakej internet akan menerima akses Internet Burung Hantu melaluinya. Seperti biasa, pengguna boleh menggunakan internet percuma berkenaan pada waktu tengah malam, iaitu antara 1 pagi hingga 7 pagi.
Namun, berbeza dengan sebelum ini yang ditawarkan tanpa had, kini Celcom melalui halaman FAQ mereka, mengatakan ia akan diterhadkan kepada hanya 10GB. Celcom mengatakan ini merupakan salah satu langkah dalam memastikan semua pengguna mereka menerima pengalaman dan kelajuan yang baik.
Pengenalan kuota sehingga 10GB untuk setiap langganan ini adalah bermula daripada hari ini, 28 April 2016. Walaupun ia dihadkan kepada 10GB, namun, boleh dikatakan penawaran Internet Burung Hantu masih merupakan salah satu yang baik untuk mereka yang aktif melayari internet atau memuat-turun pada waktu tengah malam.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/24mre3W
Post a Comment