Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bandar terapung Harmony Of The Seas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bandar terapung Harmony Of The Seas

Bandar terapung Harmony Of The Seas
London: Harmony Of The Seas, kapal persiaran terbesar dunia dengan berat 227,000 tan berharga RM4.7 bilion akan memulakan pelayaran sulungnya dari Southampton, England, minggu depan.














Kapal itu mempunyai tujuh kawasan ‘kediaman’ seperti apartmen 10 tingkat, 16 restoran, 23 kolam renang, taman tema air serta panggung dengan 1,300 tempat duduk, 52 pokok, kasino serta kawasan rekreasi.

Ia mempunyai 3,000 bilik yang hampir semuanya ada balkoni, dengan harga bermula RM5,247 seorang untuk pelayaran selama seminggu sehingga RM16,093 bagi bilik mewah.

Ia sepanjang 362 meter kaki iaitu 100 meter lebih panjang berbanding Titanic, selebar 65.6 meter dan boleh membawa 6,780 penumpang dan 2,100 kru dari 77 negara.
Ahad ini, ia akan membuat pelayaran sulung selama empat hari ke Rotterdam, Belanda, sebelum ditempatkan di Barcelona untuk pelayaran musim panas dalam bulan ini di Mediterranean..
-Harian Metro-

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.