Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong Wei, Nicol tidak tercalon olahragawan, olahragawati 2015 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong Wei, Nicol tidak tercalon olahragawan, olahragawati 2015

chong-wei-nicolPUTRAJAYA: Dua ikon sukan negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David gagal berada dalam senarai atlet yang disenaraipendekkan bagi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2015.

Sebaliknya, penerima Anugerah Olahragawan 2015 pasti ‘muka baru’ kerana enam calon terakhir belum pernah memenanginya sebelum ini manakala bagi Anugerah Olahragawati hanya ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg, penerima edisi 2011 dan 2012 menjadi ‘orang lama’ yang disenaraipendekkan kali ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali berkata enan calon terakhir Anugerah Olahragawan 2015 ialah Ooi Tze Liang (terjun), Mohd Al-Jufferi Jamari (silat), Muhammad Rafiq Ismail (boling), Thor Chuan Leong (snuker/billiard), Loh Jack Chang (wushu) dan Mohd Harrif Saleh (berbasikal).

Bagi Anugerah Olahragawati pula, selain Pandelela, lima lagi yang diseneraipendekkan ialah Nur Izzati Yaakob (bola keranjang), Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah), Siti Rahmah Mohamed Nasir (silat), Nur Syazrin Muhamad Latif (pelayaran) dan Chan Lu Yi (wushu).

Ketiadaan nama Chong Wei, penerima empat kali anugerah Olahragawan dan Nicol, pemenang 10 kali Olahragawati negara, boleh dikaitkan dengan kegagalan mereka mencatat pencapaian membanggakan tahun lepas yang turut menyaksikan masing-masing kehilangan status sebagai pemain nombor satu dunia.

“Calon yang disenaraipendekkan untuk kedua-dua anugerah utama ini dibuat berdasarkan prestasi cemerlang mereka pada 2015.

“Setiap calon membuktikan kejayaan masing-masing sepanjang tahun lepas dan pemilihan mereka adalah berdasarkan kriteria mutu dan kualiti yang ditunjukkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2015 di sini, semalam.

Beliau berkata, untuk kategori Olahragawan, jawatankuasa itu menerima sebanyak 18 pencalonan manakala bagi kategori Olahragawati pula, 17 pencalonan dikemukakan sebelum enam calon terbaik disenaraipendekkan dalam kategori.

Olahragawan dan Olahragawati Negara 2015 akan menerima hadiah wang tunai RM20,000, trofi serta sijil dan buat kali pertama, Malaysia Airlines menyumbang tiket pergi-balik kelas perniagaan ke destinasi luar negara.

Selain dua anugerah utama itu, lapan lagi anugerah dipertandingkan iaitu pasukan kebangsaan lelaki dan wanita terbaik, Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik, jurulatih lelaki dan wanita kebangsaan terbaik, Anugerah Tokoh Sukan dan Anugerah Kepimpinan Sukan.

Anugerah sukan berprestij yang memasuki edisi ke-50 tahun ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 25 Mei ini.

— BERNAMA

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qssCTm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.