Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja dijangkiti kencing tikus lepas mandi air terjun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja dijangkiti kencing tikus lepas mandi air terjun

kencing_tikus_600

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas disyaki terkena jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus selepas mandi di Lata Bukit Perak, Pendang pada 1 Mei lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Nur Iman Nor Hisham, 17, dimasukkan ke wad ICU hospital selepas mengalami demam, muntah dan sakit badan pada 12 Mei.

“Mangsa mendapatkan rawatan awal di sebuah Pusat Rawatan Homeopathi. Pada 14 Mei, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Yan sebelum dirujuk ke HSAH untuk rawatan lanjut pakar dan terus dimasukkan ke ICU pada 15 Mei.

“Keadaan mangsa masih kritikal dan memerlukan rawatan rapi pakar perubatan. Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat tanda jangkitan leptospirosis dan hospital menghantar sampel darah ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk pengesahan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa mandi di kawasan perkelahan tersebut bersama tujuh rakannya yang lain pada 1 Mei lalu, namun rakan-rakannya tidak mengalami gejala seperti dialami mangsa.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pendang mengesahkan tidak menerima sebarang maklumat mengenai kes leptospirosis di Pendang yang dikaitkan dengan Lata Bukit Perak dalam tempoh yang sama.

“PKD Pendang akan mengadakan pemeriksaan di kawasan terbabit pada esok untuk memantau tahap kebersihan dan tindakan sewajarnya termasuk arahan pembersihan,” katanya.

Norhizan menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelak daripada mandi di kawasan rekreasi air sekiranya mengalami luka atau kudis selain jangan minum air di kawasan tersebut yang tidak dimasak.

“Orang ramai perlu sama-sama menjaga kebersihan kawasan tempat rekreasi dengan membuang sisa makanan dengan betul bagi mengelak hurungan makhluk perosak termasuk tikus.

“Sekiranya ada yang mengalami gejala demam, pening, sakit kepala dan muntah, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di klinik mahupun hospital,” katanya.

BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TmuSYe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.