Majikan belasah, rakam gambar bogel pekerja ditahan
PETALING JAYA: Majikan yang didakwa membelasah, mengurung dan melakukan serangan seksual ke atas pekerjanya telah ditahan polis semalam.
Nikkie Tan bersama tunangnya, Brenda Tan ditahan selepas mereka menyerah diri di Balai Polis Daerah Sentul.
Difahamkan, selepas dimaklumkan polis, Brenda menaiki pesawat dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy yang dipetik China Press sebagai berkata, Brenda bersama peguamnya tiba di balai polis pada jam 4.30 petang dan polis akan membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman hari ini.
Suspek lelaki berusia 34 tahun pula menyerah diri di Balai Polis Daerah Sentul pada jam 8 malam Selasa.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan senjata berbahaya untuk mencederakan mangsa.
Semalam, Nikkie melalui satu rakaman video yang dimuat naik ke Facebooknya menafikan semua dakwaan dibuat bekas pekerjanya.
Tegasnya, beliau mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan dakwaan bekas pekerjanya itu adalah penipuan semata-mata.
Seorang wanita berusia 28 tahun yang merupakan pekerja suspek mendakwa beliau dan dua rakan sekerjanya dipukul majikan mereka menggunakan kayu sehingga cedera di sebuah asrama di Fortune Perdana, Kepong pada 8 Mei lalu.
China Press memetik salah seorang mangsa yang tampil dalam sidang media Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong kelmarin sebagai mendakwa ketika kejadian pada 8 Mei lalu majikan lelakinya membawa enam lelaki India dan Cina ke asrama mereka sebelum menuduh mereka mencuri RM18,000.
Wanita itu mendakwa selain membelasah dan membogelkan mereka, lelaki terbabit juga dikatakan menyulanya dengan batang logam sebelum mengambil gambar bogel mereka untuk memaksa mangsa mengaku mencuri wang syarikat.
Akhbar itu melaporkan, seorang daripada tiga pekerja itu dibebaskan selepas berjanji akan membayar duit yang “dicurinya”.
Dua lagi pekerja wanita terbabit yang dikurung selama 18 jam hanya dibebaskan selepas memindahkan RM1,000 ke akaun bank majikan, menandatangani perjanjian bayar hutang dan berjanji tidak akan membuat laporan polis.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1spaHyr
Post a Comment