Wanita jadi rakyat Malaysia pada usia 107 tahun
Teo Kim Len yang dilahirkan di China pada 1909 membawa dua anaknya yang masih kecil berhijrah ke Tanah Melayu pada 1955 bersama suaminya, sebelum mereka berempat mula memohon taraf kerakyatan negara ini selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Tetapi menurut laporan China Press, hanya permohonan suami dan anak sulungnya diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kegagalan demi kegagalan bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba nasib.
Akhirnya, beliau berjaya memperolehi kad pengenalan biru menerusi permohonan keenamnya yang dibuat dengan bantuan GERAKAN.
Kim Len berkata, perkara pertama yang hendak dilakukannya adalah untuk melawat anak dan saudara-maranya di China.
“Saya belum pernah ke luar negara (selepas menetap di Malaysia sejak 60 tahun lalu). Jadi saya mahu pergi ke China dahulu dengan anak-anak dan cucu-cucu saya. Namun ramai kawan saya sudah meninggal dunia,” katanya selepas menerima MyKadnya daripada JPN semalam.
Beliau juga berharap kerajaan boleh meluluskan permohonan taraf kerakyatan anak keduanya yang kini berusia 65 tahun dan masih memegang kad pengenalan merah supaya mereka boleh mengunjungi China bersama.
Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Pengaduan Awam GERAKAN, Wilson Lau Hoi Keong berkata, parti itu sedang menumpukan perhatian untuk membantu kira-kira 100 pemohon yang berusia 70 tahun ke atas untuk mendapatkan kad pengenalan biru mereka.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TmN7g8
Post a Comment