Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amaran MAHB: tukar 
nama KLIA2 satu kesalahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amaran MAHB: tukar 
nama KLIA2 satu kesalahan

Amaran MAHB: tukar 
nama KLIA2 satu kesalahan
PUTRAJAYA  - Rancangan syarikat pe­nerbangan AirAsia menukar nama KLIA2 kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah 2 (LCCT2) pada maklumat penerbangan merupakan satu kesalahan menurut undang-undang penerbangan.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata, AirAsia tidak boleh sewenang-sewenang menukar nama KLIA2 kerana perkara itu tertakluk pada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
“Walau bagaimanapun terpulang pada AirAsia untuk menggunakan LCCT2 untuk usaha promosi mereka namun mereka tidak boleh meletakkan nama itu pada tiket dan kaunter daftar masuk.
“MAHB tetap menggunakan nama KLIA2 kerana ia merupakan keputusan kerajaan dengan mengambil kira pelbagai faktor,” katanya ketika ditemui selepas Program Membeli-belah Pakaian Hari Raya MAHB bersama 108 asnaf di Pusat Membeli-Belah Alamanda di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia, Aireen Omar yang bertegas untuk terus merujuk dan mempromosikan KLIA2 sebagai LCCT.
Menurut Aireen lagi, sejajar kempen yang dilancarkan syarikat itu baru-baru ini, Air­Asia akan merujuk klia2 sebagai LCCT di laman webnya, tiket dan bahan-bahan promosi berkaitan tidak lama lagi.
Pada masa sama, Badlisham sekali lagi menegaskan bahawa nama KLIA2 tidak akan ditukar kepada LCCT kerana kedua-dua nya mempunyai makna berbeza.
“KLIA2 adalah sebuah lapangan bertaraf antarabangsa yang mempunyai kapasiti besar berbanding LCCT yang berfungsi sebagai terminal tambang murah,” katanya.
Mengulas lanjut kenyataan Aireen bahawa AirAsia telah dianak tiri oleh MAHB, Badlisham menjelaskan pihaknya telah membuka pintu perbincangan kepada syarikat penerbangan itu untuk memberikan maklum balas berkenaan segala operasi lapangan terbang termasuk KLIA2.
Katanya, MAHB telah me­lakukan banyak penambahan berdasarkan permintaan dan cadangan AirAsia sendiri sejak KLIA2 beroperasi.
“Soal ini termasuklah kita memperkenalkan kaunter daftar masuk secara layan diri, ruang penjalan kaki ke pintu pelepasan dan pelbagai lagi perubahan yang MAHB lakukan.
“Namun kita sentiasa terbuka menerima cadangan demi memastikan KLIA2 dan lapangan terbang lain di negara ini terus berdaya maju seperti negara lain,” katanya. - U

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.