Hi! Welcome Back and Stay Tune! VLC 2.0 Untuk Android Menyertakan Sokongan Memainkan Video Dalam Pop-Up - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VLC 2.0 Untuk Android Menyertakan Sokongan Memainkan Video Dalam Pop-Up

VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang popular pada pelbagai platform. Terkini, pembangunnya telah mengeluarkan kemaskini baru untuk versi Android mereka, dimana melaluinya mereka menambah sejumlah fungsi baru pada pemain media percuma berkenaan.

VLC 2.0 Android

VLC 2.0 untuk Android kini hadir dengan sokongan playlist bagi memudahkan anda merancang apa yang ingin ditonton. Disamping itu, pengguna juga turut kini boleh memainkan video dalam bentuk pop-up, sekaligus memudahkan lagi anda membuat sesuatu tugasan lain dan pada masa yang sama menonton video berkenaan.

Satu lagi ciri menarik yang turut disertakan adalah kebolehan memuat-turun sarikata daripada OpenSubtitles secara terus melalui aplikasi VLC.

Bagi anda yang sering menonton video melalui peranti mudah-alih, sama ada telefon pintar atau tablet Android, anda kini boleh memuat-turun VLC 2.0 untuk Android dan menikmati video dengan lebih baik pada peranti anda.

Muat-Turun VLC Media Player untuk Android






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/28MLaId

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.