Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZAHID HAMIDI, KETUA POLIS NEGARA PERLU SEGERA BERI JAWAPAN SEBENAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZAHID HAMIDI, KETUA POLIS NEGARA PERLU SEGERA BERI JAWAPAN SEBENAR

Oleh Shahbudin Husin
Selasa, 21 Jun 2016 17:09


ZAHID HAMIDI, KETUA POLIS NEGARA PERLU SEGERA BERI JAWAPAN SEBENAR
Bolehkah kita berhenti bercakap dan menutup mata serta telinga saja berhubung isu wang RM12 juta untuk dibayar kepada lanun Abu Sayyaf, tetapi hanya sampai kepada mereka hanya sebanyak RM8.8 juta?
Menurut kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Nazlan Mohamed, apa yang paling penting sekarang ialah keempat-empat mangsa penculikan telah selamat dan dapat kembali kepada keluarga masing-masing.
Semudah itukah?
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan empat mangsa yang diculik itu.
Bagaimanapun keluarga mengsa berkata, mereka telah menyerahkan wang RM12 juta sebagaimana yang diminta oleh kumpulan penculik kepada polis cawangan khas.
Kemudian Zahid Hamidi mengatakan wang tersebut tidak dibayar kepada penculik, tetapi kepada NGO Islam di Filipina yang tidak dinamakannya.
Khalid terpaksa tampil sekali lagi menjelaskan, wang RM12 juta itu diserahkan oleh keluarga mangsa kepada pihak ketiga, bukannya polis cawangan khas seperti yang didakwa sebelum ini.
Namun hari ini, keluarga mangsa sekali lagi bertegas mengatakan wang RM12 juta untuk membebaskan tebusan itu diserahkan kepada pihak polis.
Saya masih kekalkan apa yang telah saya katakan sebelum ini bahawa RM12 juta itu dihantar ke Sandakan melalui bank.
Jika orang ramai ada keraguan, mereka boleh tanya Hong Leong Bank, kata Lau Cheng Kiong yang merupakan jurucakap keluarga empat tebusan itu.
Maka, bolehkah kita hanya diam dan redha saja ke mana hilangnya RM3.2 juta daripada RM12 juta itu seperti yang diminta oleh Nur Jazlan?
Walaupun empat tebusan telah selamat, wibawa pasukan polis tentu saja terjejas teruk dengan penegasan terbaru jurucakap keluarga tebusan bahawa wang itu diserahkan kepada pihak polis.
Kenapa dan bagaimana hanya RM8.8 juta saja dibayar kepada penculik?
Jika hanya dibayar RM8.8 juta, bukankah wang lebihan sepatutnya dikembalikan kepada keluarga penculik yang terpaksa bergolok bergadai menjual rumah dan memohon sumbangan orangramai untuk memperolehi RM12 juta itu?
Bagaimana kalau berlaku penculikan lagi dalam waktu terdekat ini? Mahukan keluarga mangsa berurusan dan menyerahkan wang tebusan kepada pihak polis?
Begitu juga dengan lanun Abu Sayyaf, setelah marah bila mengetahui sebahagian hasil lanunan mereka disonglap di daratan, percayakah mereka dengan pihak polis apabila diajak berunding untuk membebaskan tebusan?
Akhirnya, rakyat kita yang berada atau bekerja di perairan Sabah terus terdedah kepada bahaya?
Berdepan isu ini, Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar harus segera tampil dengan jawapan yang sebenar-benarnya.
Dengan pengulangan jurucakap keluarga mangsa culik bahawa wang itu benar-benar diserahkan kepada pihak polis, bukannya kepada orang ketiga atau sesiapa yang lain, perkara ini tidak lain perlu ditangani dengan segera.
Mudah saja, bercakap benar dan berlaku jujurlah kepada rakyat. Jika tidak, jawapan akan sentiasa tunggang-langgang dan berbeza-beza. SH

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.