Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak 4 tahun maut digilis kereta ibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak 4 tahun maut digilis kereta ibu

gear_dead_60011

BALIK PULAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas digilis tayar kereta ibunya yang mengundur di Kampung Paya, Teluk Kumbar di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa berada dalam kereta berkenaan bersama kakaknya berusia enam tahun dengan enjin kenderaan itu tidak dimatikan.

“Ketika itu, ibu mereka tiada dalam kereta berkenaan dan dipercayai masuk ke dalam rumah mereka untuk mengambil barang, dan mangsa menolak gear pada kedudukan mengundur membuatkan kereta terbabit bergerak.

“Kanak-kanak itu yang panik membuka pintu dan terjun keluar daripada kereta sebelum dia digilis tayar kenderaan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Fah Hin berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah terus dibawa ke HBP oleh ibunya sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan polis belum dapat mengambil keterangan daripada ibu mangsa kerana wanita itu masih dalam keadaan trauma,” katanya.

BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28OX8Ch

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.