Pemimpin Islam, Yahudi bersama rai iftar di Singapura
PETALING JAYA: Bersempena bulan suci Ramadan, setiap tahun pemimpin masyarakat Islam dan Yahudi di Singapura merapatkan ikatan persaudaraan dan bersama meraikan Iftar.
Majlis khas itu diraikan oleh lebih 70 orang kenamaan, tetamu dan wakil daripada kerajaan Singapura, kumpulan agama dan persatuan perniagaan dan bertempat di Pusat Jacob Ballas, Singapura, semalam.
Hadir di majlis itu adalah Menteri Kanan Pertahanan Singapura Dr Mohammed Maliki Osman yang merupakan tetamu kehormat, imam Masjid Ba’alwie Habib Hasan al-Attas mewakili masyarakat Islam dan Ketua Rabai Mordechai Abergel mewakili masyarakat Yahudi.
Mereka disambut oleh tuan rumah acara itu, Duta Besar Israel di Singapura, Yael Rubinstein.
“Rakyat Singapura menunjukkan bahawa masyarakat di sini adalah yang paling inklusif di dunia,” katanya, memuji keharmonian hubungan antara pelbagai agama, serta kesamaan peluang secara adil dan saksama di Singapura.
Habib Hasan dalam ucapannya menekankan perlunya sikap saling hormat-menghormati antara agama di Singapura.
Jacob Ballas merupakan seorang Yahudi Iraq dan Pengerusi Malayan Stock Exchange dari 1962 hingga 1967, dan pusat bersempena namanya itu beroperasi sebagai lembaga kebajikan masyarakat Yahudi.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28MNmjH
Post a Comment