Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes menantu Zahid: Siasatan Kementerian Kesihatan selesai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes menantu Zahid: Siasatan Kementerian Kesihatan selesai

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (kanan) masih menunggu laporan siasatan polis tentang kes Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi. — Foto failKUALA LUMPUR, 15 Jun — Kementerian Kesihatan masih menunggu hasil siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebarang tindakan hanya boleh diambil setelah laporan kedua-dua pihak siap.

“Siasatan kita (Kementerian Kesihatan) sudah siap tetapi tidak pasti bila laporan polis akan siap.

“Kita akan mengambil tindakan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] manakala polis pula di bawah Akta Kanun Acara Jenayah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Hilmi enggan mendedahkan hasil siasatan kementerian itu.

Syed Alman Zain, 44, suami Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid iaitu anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada 1 Jun lepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di ibu negara.

Dr Hilmi berkata klinik gigi yang melakukan rawatan terhadap Syed Alman Zain kini ditutup sehingga siasatan selesai. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1tq6dbf

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.